Thursday 25 April 2013

mimpi kena patuk ular...

Assalamualaikum....

selama nie, org ckp kalu mimpi kena patuk ular maybe ad org nk masok meminang,,,,,
tp menurut islam, mimpi kena patuk dengan ular adalah :
  • Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk,membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.
  • Dalam kitab Fi Tafsirrulahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang mimpi.
  • Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
  • Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.
  • Secara keseluruhannya,ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia.Dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat,di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar.Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.
  • Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda.Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.
so, pham2 je la...

Wednesday 6 March 2013

Assalamualaikum....

Jom masak ketam
















YUMMY!!!!!

bahan-bahannya adalah :


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 biji nenas (potong nipis memanjang-buang empulur)
  • 4 ekor ketam (bersihkan)
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 2 peket kecil rempah kari udang/ikan kering/ketam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam/gula/Ajinomoto secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Panas kan minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Bancuh rempah dengan sedikit air.Masukkan dalam minyak tadi.Kacau hingga rempah masak.Masukkan pula sedikit air, santan, ketam dan asam gelugor.Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan nenas.Tambahkan rasa dengan garam, gula dan ajinomoto.Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
  4. Siap utk hidangan


SELAMAT MENCUBA... :)

Saturday 21 April 2012



orang2 zaman dahulu amat kebanyakkan mereka mengamalkan nikah khitb ah ini...kerana nikah khitbah ini dianggap mcm bertunang..masa untuk mengenal hati budi masing2...kiranya tunang cre halal la....
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
Hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.
Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.
Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.
Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.
Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.
Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan! :)


Monday 27 February 2012

Sebab Allah temukan kita dengan org yg salah...


Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Sunday 19 February 2012

Pengorbanan seorang ibu

Pernah tak korang terfikir bagaimana sakitnya ibu korang bertarung nyawa untuk melahirkan korang?
cer tengok video clip di atas....
tu bagi yang terpakse bedah(caeserian)...
bagi yang lahir biasa mcm mana pula...

kita sebagai seorang anak, sepatutnya kita perlu menghormati ibu bapa kita tambah-tambah kat ibu....
ustaz saya ada cakap, nisbah kita perlu sayang ibu lebih daripada ayah adalah 3:1...mean that, kita perlu sayang ibu kita 3 kali ganda daripada ayah kita...

Then, pernah tak kita terfikir bagaiman seksanya ibu kita mengandungkan kita..
selama 9 bulan 10 hari....
bawak perut ke hulu ke hilir...
korang egt xpenat ke??

bila semua dah besar ada yang dah berani bantah cakap ibu...
betapa pilunya hati seorang ibu bila anak yang dibelai, dijaga dengan baik seekor nyamuk pun tak boleh nak gigit....
cuba korang bayangkan, korang berada di tempat ibu korang...
sebab tu la syurga terletak di bawah kaki ibu..
jangan nanti korang dok telek tapak kaki ibu korang plak nanti..
memang la xde...
haih...



                                                         bahagianya seorang ibu....

ayuhlah sama-sama kita muhasabah diri...
fikir and egt dah berapa banyak dosa kita kat ibu bapa...